Sunday, February 20, 2011

PENDAHULUAN





Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan rahmat serta keizinan-Nya tugasan ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Tujuan sebenar tugasan atau esai ini ditulis dan dilakukan adalah bertujuan untuk menerangkan konsep mualaf atau lebih dikenali sebagai saudara baru Islam. Secara umumnya, boleh dikatakan pengislaman individu bukan beragama Islam.

Memetik kenyataan JAKIM, maksud muallaf ialah mereka yang belum masuk Islam tetapi cenderung dengan Islam ringkasnya boleh dikatakan mereka yang cenderung hatinya untuk memeluk Islam.
Ya, memang tidak dinafikan maksud perkataan muallaf itu merujuk kepada saudara baru yang baru memeluk islam. Walaubagaimanapun, kebanyakkan saudara baru agak kurang menggemari perkataan tersebut iaitu muallaf mahupun perkataan saudara baru yang keluar daripada mulut-mulut segelintir pihak. Mereka iaitu saudara baru ini lebih suka mereka dianggap seperti individu beragama Islam yang lain kerana tidak mahu menimbulkan diskriminasi oleh mereka yang  tidak bertanggungjawab.

Muallaf atau saudara baru ini diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan daripada kandungan ibunya dan boleh diibaratkan juga seperti kain putih yang tiada coraknya lagi. Saya berpendapat mereka merupakan golongan yang lebih mendalami ilmu-ilmu agama Islam daripada segelintir individu yang sudah beragama Islam sejak dilahirkan.

Merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 60 berkenaan dengan 8 asnaf yang layak menerima zakat , yang dimaksudkan dengan kalimah ‘wal muallafati qulubuhum’ ialah dikhususkan kepada orang yang hatinya cenderung kepada Islam dengan ingin memeluk Islam iaitu semasa dia mula berjinak-jinak dengan Islam.

Mereka yang dilahirkan sebagai Islam sejak dari kandungan ibu mereka hendaklah memberikan semangan serta sokongan kepada saudara baru ini. Selain itu, bantulah mereka dalam mencari keredhaan Allah SWT. Supaya golongan ini dapat memahami secara lebih mendalam terhadap konsep Islam yang sebenarnya agar mereka dapat mengikuti segala syariat yang telah ditetepkan oleh Allah SWT kerana kita merupakan saudara seagama.


No comments:

Post a Comment