Sunday, February 20, 2011

CARA MENGATASI MASALAH YANG SERINGKALI DIHADAPI OLEH MUALLAF

Berdasarkan pandangan dan cadangan yang telah diberikan oleh beberapa orang individu yang ditemubual serta mengambil pandangan Haji Nawawi sendiri, terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah yang sering kali dihadapi oleh golongan muallaf dalam usaha memeluk agama Islam.

Merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh golongan para muallaf, masalah yang pertama ialah golongan muallaf ini harus berkhatan. Melalui beberapa cadangan, masalah ini boleh diselesaikan dengan cara memberikan memberikan nasihat, semangat dan dorongan kepada golongan muallaf. Selain itu, golongan muallaf ini juga harus diberikan pendedahan secara lebih terperinci dan mendalam tentang hikmah berkhatan agar mereka dapat memikirkan dan menyimpulkan berkhatan itu merupakan sesuatu perkara yang baik dan dapat mengelakkan diri daripada penyakit merbahaya. Jabatan Kesihatan dan Jabatan Agama Islam hendaklah berganding bahu dalam usaha menangani masalah ini, di samping sokongan moral oleh saudara serta sahabat yang lain.

Seterusnya, merujuk kepada masalah kedua iaitu sebutan atau panggilan nama saudara baru atau muallaf. Memang tidak dinafikan apabila dirujuk atau disebut perkataan ini, golongan muallaf akan terasa dan tidak juga dinafikan mereka mungkin akan melenting atau marah. Hal ini kerana, mereka akan sangka mereka umpama individu yang mempunyai taraf yang rendah. Perkara ini boleh diselesaikan dengan cara, pihak berwajib mengambil tindakan terhadap golongan-golongan yang berniat menghina golongan muallaf ini contohnya mengenakan denda terhadap mereka. Selain itu, golongan yang seringkali menggunakan perkataan muallaf atau saudara baru ini hendaklah mengubah sikap dan jati diri mereka serta pandangan mereka terhadap golongan muallaf ini. Mereka hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan dan menghormati hak dan pendirian golongan saudara baru ini.

Antara masalah yang dianggap besar yang dihadapi oleh golongan saudara baru atau muallaf ini ialah mereka akan dibuang dan disisihkan daripada kaum kerabat keluarga mereka yang lain. Jika tiada tindakan dan cara penyelesaian diambil dalam menangani masalah ini, kemungkinan besar golongan muallaf akan kembali semula ke agama asal.

No comments:

Post a Comment