Sunday, February 20, 2011

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SEORANG MUALLAF

Saya sempat berbincang dan mengajukan beberapa persoalan yang menjadi masalah kepada para muallaf atau saudara baru di Malaysia ini. Haji Nawawi, berkongsi pengalaman pahit manisnya sepanjang menjadi seorang muallaf atau lebih dikenali dengan panggilan saudara baru ini. Ketika beliau baru memeluk Islam, terdapat segelintir pihak yang mengejek-gejek dan menyindir beliau kerana terdapat segelintir pihak yang beranggapan beliau dan muallaf hina dan keji dalam agama Islam.

Beliau ada menceritakan, bahawa beliau pernah berdebat berkaitan agama Islam, yang ketika itu berlaku sedikit pertikaman lidah antara beliau dan seorang lagi Melayu Islam. Beliau pada ketika itu sudah pun memeluk Islam. Ya la, hati mana tidak tertahan, sabar ada tahapnya, beliau berdebat dengan seorang lagi hamba Allah yang menghina muallaf atau saudara baru sedangkan hamba Allah ini masih cetek pemikirannya dan hanya tahu menghina dan mengkritik individu lain sahaja. Akhirnya, hamba Allah tersebut terdiam dan memohon maaf kepada beliau.

Hasil pencarian saya, didapati terdapat pelbagai masalah yang membelenggu muallaf atau saudara baru di Malaysia. Masalah yang pertama ialah berkhatan. Hal ini kerana, kebanyakkan orang bukan Islam mereka takut memeluk Islam walaupun mereka berminat kerana faktor berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan warga tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya. Kedua,  ialah sebutan atau panggilan saudara baru. Kebanyakkan saudara dan sahabat kita yang baru memeluk Islam membayangkan rasa ketidak puasan hati dengan panggilan muallaf atau saudara baru. Mereka berasa dan berpendapat seolah-olah dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat.

Selain itu, masalah terbesar yang dihadapi oleh para muallaf di Malaysia ialah mereka tersisih dan terpisah daripada keluarga. Saudara serta sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina,India,Siam dan sebagainya, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan talian perhubungan kekeluargaan. Selain itu juga, para saudara baru yang bekerja dengan majikan bukan Islam pula akan dibuang kerja sekiranya majikan mereka mengetahui mereka memeluk dan mengamalkan ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment