Sunday, February 20, 2011

MUKA HADAPAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS ARAU
PERLIS INDERA KAYANGAN



TAJUK:

KEHIDUPAN SEORANG
INSAN BARU


DISEDIAKAN UNTUK :

USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN



DISEDIAKAN OLEH :


 

MUHAMMAD HILWAN BIN AHMAD HOSNI
2010669162
ASD 2En



PROGRAM :

DIPLOMA SAINS
AS 120



TARIKH :

21 / 2 /2011


Isi Kandungan


1.
Abstrak
2.
Pendahuluan
3.
Pengertian
4.
Sejarah Seorang Muallaf
5.
Masalah Yang Dihadapi
6
Cara Mengatasi Masalah
7.
Muallaf Menurut Sisi Pandangan Fiqh Zakat
8.
Penutup
9.
Galeri Foto

ABSTRAK




Muallaf atau golongan saudara baru merupakan insan dan individu yang mempunyai semangat jihad dan jati diri yang tinggi dalam mencari ilmu Allah serta menggunakan peluang kehidupan yang Allah berikan di atas dunia ini untuk mencapai dan mencari keredhaan hidup. Walaupun ada di antara mereka, yang mendapat hidayah daripada Allah pada usia yang sudah tua, namun begitu mereka tetap mencari serta mempelajari ilmu-ilmu Islam serta mempelajari serta mengamalkan syariat-syariat yang telah ditetapkan dalam agama Islam supaya kehidupan di atas muka bumi ini sentiasa diredhai oleh yang maha-Esa. Tidak dinafikan mereka mendapat tentangan serta sering disindir oleh pihak dan golongan yang tidak bertanggugjawab. Walaubagaimanapun, mereka tetap sabar dalam menempuh ujian yang telah Allah berikan ini. Bagi mereka, yang lebih penting, mereka melakukan amal serta amalan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dan yang lebih penting mereka melakukan amal ibadat dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah Hu Rabbi.



PENDAHULUAN





Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan rahmat serta keizinan-Nya tugasan ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Tujuan sebenar tugasan atau esai ini ditulis dan dilakukan adalah bertujuan untuk menerangkan konsep mualaf atau lebih dikenali sebagai saudara baru Islam. Secara umumnya, boleh dikatakan pengislaman individu bukan beragama Islam.

Memetik kenyataan JAKIM, maksud muallaf ialah mereka yang belum masuk Islam tetapi cenderung dengan Islam ringkasnya boleh dikatakan mereka yang cenderung hatinya untuk memeluk Islam.
Ya, memang tidak dinafikan maksud perkataan muallaf itu merujuk kepada saudara baru yang baru memeluk islam. Walaubagaimanapun, kebanyakkan saudara baru agak kurang menggemari perkataan tersebut iaitu muallaf mahupun perkataan saudara baru yang keluar daripada mulut-mulut segelintir pihak. Mereka iaitu saudara baru ini lebih suka mereka dianggap seperti individu beragama Islam yang lain kerana tidak mahu menimbulkan diskriminasi oleh mereka yang  tidak bertanggungjawab.

Muallaf atau saudara baru ini diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan daripada kandungan ibunya dan boleh diibaratkan juga seperti kain putih yang tiada coraknya lagi. Saya berpendapat mereka merupakan golongan yang lebih mendalami ilmu-ilmu agama Islam daripada segelintir individu yang sudah beragama Islam sejak dilahirkan.

Merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 60 berkenaan dengan 8 asnaf yang layak menerima zakat , yang dimaksudkan dengan kalimah ‘wal muallafati qulubuhum’ ialah dikhususkan kepada orang yang hatinya cenderung kepada Islam dengan ingin memeluk Islam iaitu semasa dia mula berjinak-jinak dengan Islam.

Mereka yang dilahirkan sebagai Islam sejak dari kandungan ibu mereka hendaklah memberikan semangan serta sokongan kepada saudara baru ini. Selain itu, bantulah mereka dalam mencari keredhaan Allah SWT. Supaya golongan ini dapat memahami secara lebih mendalam terhadap konsep Islam yang sebenarnya agar mereka dapat mengikuti segala syariat yang telah ditetepkan oleh Allah SWT kerana kita merupakan saudara seagama.


PENGERTIAN MUALLAF

Dalam agama Islam muallaf ditujukan dan dimaksudkan kepada panggilan bagi individu yang bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau mereka yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Merujuk kepada Surah at-Taubah  ayat 60 ada disebutkan bahawa para muallaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat

Kembali ke masa silam, golongan muallaf ini merupakan orang yang paling terpenting dalam mengembangkan agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dan dijelaskan melalui golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa raga mereka.