Sunday, February 20, 2011

PENUTUP

Bedasarkan maklumat-maklumat yang telah diberikan samada di dalam tugasan ini, pandangan daripada golongan muallaf sendiri mahupun daripada risalah-risalah serta maklumat-maklumat daripada luar, terdapat kesimpulannya yang hampir sama iaitu golongan muallaf adalah sama seperti golongan individu Islam yang lain. Yang membezakan hanyalah berdasarkan kaum, loghat bahasa, warna kulit dan sebagainya. Perbezaan itu hendaklah kita hindari dan janganlah kita amalkan dalam membeza-bezakan golongan muallaf ini. Anggaplah mereka juga manusia yang biasa yang beragama Islam. Adalah lebih baik mereka dianggap seperti saudara kandung dan saudara seagama Islam bersama. Hal ini mungkin dapat mengeratakan lagi ukhuwah antara kita.

Selain itu, golongan yang bukan Islam juga akan mudah tertarik dan berminat dalam memeluk Islam kerana melihat akhlak dan keperibadian kita serta mengubah perspektif dan pemikiran golongan bukan Islam terhadap agama Islam yang selama ini dianggap sebagai sebuah agama yang ganas, menyusahkan penganutnya serta sebagainya yang menjadi propaganda serta senjata oleh pihak yang ingin menjatuhkan agama Islam.

Golongan muallaf mempunyai hak untuk mendapat keistimewaan seperti golongan individu yang beragama Islam yang lain contohnya seperti zakat. Kita hendaklah menghormati hak-hak mereka sama seperti kita menghormati hak-hak kita sendiri serta orang lain dalam mencari keredhaan yang maha Kuasa serta melakukan amal ibadat kepada-Nya.

Semoga dengan maklumat serta pangalaman yang telah diceritakan di dalam tugasan ini dapat mengubah sikap dan sifat kita terhadap golongan muallaf. Selain itu, memberikan maklumat serta definasi muallaf atau saudara baru ini. Semoga, ia dapat mengubah kehidupan kita kepada yang lebih cemerlang dan membantu kita dalam mencapai keredhaan-Nya.

No comments:

Post a Comment